Ekelas Matematik Tahun 6
17 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 16 Febuari 2019,eKelas Penggal 1 Minggu 1 bagi matapelajaran Matematik ini telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Februari 2019 bertempat di Pusat Internet Krokong.Sesi pembelajaran eKelas ini telah diadakan secara langsung (live tutorial) bagi pelajar Tahun 6 untuk Subjek Matematik. Dalam sesi pembelajaran ini, terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang mereka telah lakukan samada secara individu dan juga berkumpulan.
eKelas ini telah diadakan dalam sesi yang berasingan bagi pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 berdasarkan waktu yang telah ditetapkan di dalam jadual yang telah disediakan. Sesi eKelas untuk Subjek Matematik ini telah dihadiri seramai10 orang pelajar Tahun 6.
Terima kasih kepada pelajar yang terlibat.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: